Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia baru-baru ini tampil memohon maaf kerana tewas kepada Alex Lanier dari Perancis di Kejohanan Terbuka Jepun 2024.
Menerusi story di Instagram miliknya @leeziijia, dia berkata fizikalnya masih lemah selepas pulang daripada Sukan Olimpik Paris 2024.

Walau bagimanapun, dia berkata itu bukanlah satu ‘tiket’ untuk dia tidak menyertai mana-mana kejohanan.
Saya berasa lemah secara fizikal untuk beberapa hari ini sejak pulang dari Sukan Olimpik, tetapi ponteng kejohanan tidak ada dalam rancangan selagi ia tidak akan membahayakan saya.
Saya mencuba yang terbaik dan berjuang sepanjang perlawanan itu. Tetapi badan saya tidak membenarkan saya melakukan yang terbaik mengikut kemampuan saya.
Lee Zii Jia juga berharap agar dia dapat pulih supaya dapat bangkit semula dalam kejohanan yang akan datang.





