Pelakon dan pengacara, Fizo Omar, memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung dakwaan anak sulungnya, Wan Maryam, 8, yang merasakan dirinya kurang mendapat perhatian berbanding adik-beradiknya.
Kata Fizo, 40, dia merasakan tidak perlu untuk membuat kenyataan dek kerana tidak mahu ia berlarutan.
“Saya minta maaf kerana berasa tidak perlu buat apa-apa kenyataan mengenai perkara ini sebab tak nak isu ini berlarutan.
“Saya harap semua faham. Terima kasih,”katanya kepada pemberita.
Terdahulu, video tular yang dikongsian di TikTok memperlihatkan Maryam dilihat menyuarakan rasa kecewa terhadap layanan bapanya yang kini mempunyai lebih ramai anak.
“Maryam tengok macam daddy tak sayang. Awak ada ramai anak tapi anak sulung awak ini rasa yang awak dah tak suka dia,” luahnya.
Tindakan Maryam itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang merasa sebak mendengar kenyataan Maryam.
Untuk rekod, Maryam merupakan anak hasil perkahwinan Fizo bersama usahawan Mawar Karim pada 2013.
Pasangan itu bagimanapun mengambil keputusan untuk berpisah pada 2019.
Namun, Fizo kemudiannya berkahwin dengan Fazeera Nazri Azrai pada Oktober 2021 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3, Wan Umaira, 2 dan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan pada 18 Jun lalu.
Sumber: Harian Metro