Pelakon dan usahawan terkenal, Izara Aishah meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap seorang individu dipercayai ‘influencer’ yang gemar menunjuk-nunjuk barangan mewah namun dan didakwa angkuh.
Menerusi satu ciapan di platform Threads, Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 32, berkata individu berkenaan bukan sahaja ‘flex’ jam tangan dan barang kemas palsu, malah turut menunjukkan sikap sombong terhadapnya.
“I don’t know if this so-called influencer is sombong or just culture shocked or has social anxiety, but she keeps flexing fake designer watches, jewelleries and pochette dok jeling-jeling kat orang, so disrespectful dan rasa diri tu tinggi,” katanya.
Lebih menarik, Izara turut membalas komen seorang netizen yang bertanyakan sama ada dirinya ‘sakit hati’ dengan tindakan individu tersebut.
“Izara tak sakit aih. Sakit hati tengok how she was with people. She wore the same watch so I showed her the real one,” katanya.
Meskipun Izara tidak menyebut secara langsung nama individu dimaksudkan, namun ciapannya itu hangat menjadi bualan netizen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataannya terhadap perangai pempengaruh masa kini.