Pelakon Fasha Sandha berkata tiada keperluan untuk dia menjelaskan susulan penampilannya tidka berhijab dalam drama Puteri Kembang Malam yang bakal disiarkan tidak lama lagi.
Memetik mStar Online, Fasha berkata dia memilih untuk tidak berikan kenyataan rasmi berkaitan isu hijab kerana menganggap ianya hal peribadi dirinya dan keluarga.
BACA: Fasha Sandha Reda Keguguran, Anggap Belum Rezeki Timang Cahaya Mata
Tambah Fasha lagi, dia tetap dengan pendiriannya untuk berdiam diri serta memohon agar semua pihak memberikan ruang dan tidak terus mendesak.
“Saya tidak berhutang penjelasan kepada sesiapa. Saya simpan perkara ini untuk diri sendiri dan keluarga. Kalau orang nak menilai, itu hak mereka. Mereka boleh terus menyokong dan menikmati karya saya.
“Seperti yang saya cakap sebelum ini, tiada komen. Saya tak pernah beri sebarang kenyataan tentang isu itu, jadi sampai bila-bila pun saya takkan beri komen mengenainya. Saya belum bersedia untuk bercakap, jadi saya mohon diberikan ruang dan peluang,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai peminat yang keliru mengenai hantarannya memaparkan dirinya tidak bertudung, Fasha berpendapat netizen perlu fokus pada isu semasa yang lebih penting.
“Bagi saya, lebih baik fokus kepada isu-isu lain yang lebih penting seperti isu semasa, harga minyak atau diesel yang naik. Bercakap tentang perkara itu rasanya lebih bermanfaat daripada membahaskan hal kecil.
“Cuma kalau ditanya soalan seperti sudah berhijab atau belum, atau kenapa Instagram masih free hair, saya tetap akan jawab tiada komen,” katanya.
Dalam pada itu, Fasha berkata dia memilih untuk berdia diri serta tidak mengulas lanjut bagi mengelakkan sebarang percanggahan kenyataan di masa hadapan.
“Pada saya, ada orang yang sudah berhijab 10, 15 malah 20 tahun pun masih boleh berubah atas sebab tertentu. Sebab itu saya tidak selesa untuk memberikan sebarang kenyataan tentang penampilan saya di media sosial.
“Alhamdulillah, saya juga menerima banyak sokongan positif. Saya rasa majoriti orang memberi kata-kata baik berbanding segelintir yang terus mempersoalkan perkara tersebut,” katanya.
Sumber: mStar Online




