Forest ganas awal musim

Forest ganas awal musim
Wood ledak dua gol buat Forest di City Ground. Foto Agensi

Wood ledak dua gol buat Forest di City Ground. Foto Agensi

NOTTINGHAM Forest memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/26 langkah kanan apabila menundukkan Brentford 3-1 di City Ground, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama kepada pengendali baharu lawan, Keith Andrews yang mengantikan Thomas Frank.

Forest pimpinan Nuno Espírito Santo tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila penyerang berbisa, Chris Wood, yang meledak 20 gol liga musim lalu, pantas menyambar peluang hasil situasi sepakan penjuru pada minit kelima.

Dominasi tuan rumah berterusan dan mereka menambah jaringan kedua tiga minit sebelum rehat menerusi Dan Ndoye yang menanduk masuk hantaran Morgan Gibbs-White.

Forest kemudian melebarkan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila Elliot Anderson memanfaatkan kesilapan Sepp van den Berg untuk Wood, menewaskan Caoimhin Kelleher bagi gol keduanya.

Brentford yang longlai sepanjang perlawanan hanya mampu merapatkan jurang pada minit ke-78 selepas bola terkena tangan Ibrahim Sangare dalam kotak penalti

Igor Thiago kemudian menyempurnakan sepakan berkenaan untuk gol sulungnya sejak berpindah dari kelab Belgium, Club Brugge.

Kemenangan itu menamatkan penantian panjang Forest yang kali terakhir mencatat kemenangan pada aksi pembukaan liga adalah pada musim 2017/18.

Scroll to Top