Forestieri sah tinggalkan JDT

Forestieri sah tinggalkan JDT

Forestieri. Foto JOHOR Southern Tigers

PENYERANG kelahiran Argentina Fernando Forestieri sah meninggalkan juara Liga Super 10 kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara tersebut dikongsi JDT pada Ahad menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers, sambil mengucapkan terima kasih di atas khidmat pemain berusia 33 tahun itu sejak menyertai gergasi bola sepak negara pada permulaan musim 2022.

“Selamat maju jaya, Forestieri,” menurut hantaran tersebut.

Forestieri merupakan sebahagian daripada skuad Harimau Selatan yang mencipta sejarah memenangi ‘double quadruple’ pada 2022 dan 2023.

Scroll to Top