Forum Perdana: Dunia Menangis Keranamu malam ini

Forum Perdana: Dunia Menangis Keranamu malam ini

bhnews@bh.com.my

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam bagi memberi kefahaman kepada seluruh lapisan masyarakat mengenai isu yang sedang melanda umat Islam di Palestin, malam ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh, berkata ia juga sebagai tanda solidariti Malaysia terhadap rakyat Palestin.

Beliau berkata, forum diadakan dengan kerjasama RTM bertajuk Palestin: Dunia Menangis Keranamu akan disiarkan secara langsung menerusi slot rancangan Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 pada jam 9 malam sehingga 10.30 malam.

Katanya, forum kali ini menampilkan tiga ahli panel bersama dua aktivis kemanusiaan bagi membicarakan topik yang menyentuh keadaan semasa sedang melanda bumi Gaza.

“JAKIM berbesar hati menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menonton program bermanfaat ini,” katanya melalui satu kenyataan media, hari ini.

Barisan panel yang akan mengupas topik ini adalah Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor dan pendakwah Roslan Mohamed.

Ahli panel lain terdiri daripada aktivis Kemanusiaan yang juga selebriti, Nurheliza Helmi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-NuriKamaruzaman manakala moderator forum adalah penceramah Mohd Hariri Mohamad Daud dan Pegawai Jabatan JAKIM, Nabil Ahmad.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top