Foto Lebam Jadi Tanda Tanya Ramai, Linda Hashim Akhirnya Bersuara | Oh! Media

Foto Lebam Jadi Tanda Tanya Ramai, Linda Hashim Akhirnya Bersuara | Oh! Media

Pelakon Linda Hashim mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar lebam di pipi dan bibir di laman sosial miliknya baru-baru ini.

Menurut laporan mStar, ramai netizen membuat spekulasi bahawa gambar itu mungkin merujuk kepada keadaan sebenar dirinya, lebih-lebih lagi selepas dia dilaporkan telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Beego.

Netizen dakwa ada kaitan dengan rumah tangga Linda Hashim?

linda hashim

Netizen mula membuat andaian bahawa Linda mungkin menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dan ia mungkin menjadi punca utama perceraian mereka.

Namun, Linda tampil menafikan sebarang dakwaan melulu dan meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi terlalu awal.

Saya akan dedahkan semua nanti di mahkamah. Buat masa ini, jangan buat sebarang andaian mengenai perkongsian saya itu.

Mahkamah jadi medan penjelasan

linda hashim

Linda dijadualkan hadir ke mahkamah bagi proses lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 23 April ini untuk menyelesaikan isu rumah tangganya secara rasmi.

Katanya lagi, dia sudah lama berdiam diri dan hanya memuat naik gambar tersebut atas nasihat pihak tertentu.

Saya sudah lama mendiamkan diri, jadi dengan beberapa nasihat saya ambil keputusan (muat naik gambar).

Jangan terlalu cepat membuat andaian tanpa mendengar cerita dari kedua-dua pihak. Hormati privasi individu, terutama apabila melibatkan isu sensitif seperti rumah tangga dan keganasan.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top