‘Founder’ kosmetik merayau di bazar Ramadan, borong jualan tak habis para peniaga

Para peniaga bazar Ramadan tahun ini pastinya amat terkesan dengan dampak pandemik yang sedang melanda Tanah Air sejak setahun lalu.

Walaupun perkara tersebut sukar dilalui, namun cabaran itu  terpaksa juga ditempuh demi meneruskan kehidupan dan rezeki buat keluarga.

Pasti sahaja ramai peniaga buntu apabila jualan mereka tidak habis terjual walaupun waktu berbuka sudah selesai. Modal yang dikeluarkan untuk membuka gerai pada hari tersebut juga belum diperoleh.

Jadi, menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai IsskandarArifin, dia telah memuat naik kembali satu video yang diperoleh dari Instagram mengenai seorang founder kosmetik yang merayau di bazar Ramadan dan membeli jualan-jualan yang tidak habis dari para peniaga gerai.

Founder kosmetik yang dikenali sebagai Iddin Shah itu dilihat telah pergi ke bazar Ramadan sambil membawa wang tunai dan membeli makanan yang tidak habis terjual dari para peniaga.

Kemudiannya, dia meminta peniaga tersebut menyedekahkan makanan-makanan tersebut kepada pengunjung yang hadir di bazar berkenaan.

Dalam perkongsiannya  di Instagram, Iddin sempat menulis beberapa kelebihan-kelebihan amalan bersedekah yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Sehubungan dengan posting yang dibuat oleh IsskandarArifin itu, ramai yang meninggalkan komen positif diatas perkara baik yang dilakukan oleh founder kosmetik berkenaan.

Masing-masing memuji tindakan yang dilakukan dan berharap lebih ramai lagi orang yang berlumba-lumba dalam melakukan kebaikkan terutamanya di bulan mulia ini.

Sumber: IsskandarArifin