CHICAGO, June 02, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) — FourKites®, platform keterlihatan rantaian bekalan masa nyata yang terkemuka di dunia, telah mengumumkan pada hari ini bahawa, untuk tahun kedua berturut-turut, syarikat itu telah dinamakan sebagai Peneraju dalam Gartner Magic Quadrant tahun 2022 bagi Platform Keterlihatan Pengangkutan Masa Nyata* (RTTVP). Daripada 11 vendor yang dinilai dalam laporan ini, FourKites merupakan satu-satunya syarikat yang mendapat kedudukan dalam sukuan Peneraju dengan Kesempurnaan Penglihatan yang paling jauh.

Tambahan lagi, FourKites memperoleh mata tertinggi bagi perniagaan Fortune 500 dengan keperluan yang rumit. Mengikut laporan Kemampuan Kritikal bagi Platform Keterlihatan Pengangkutan Masa Nyata Gartner® tahun 2022, yang “memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang tawaran produk dan perkhidmatan pemberi dengan melanjutkan analisis Magic Quadrant”, FourKites mendapat kedudukan #1 dalam tiga daripada lima Kes Penggunaan yang paling maju.**

FourKites, penyelesaian keterlihatan global yang terbesar, menjejaki 2.5 juta kiriman sehari melalui semua mod dan menyambungkan rantaian bekalan global sebanyak 50% daripada perniagaan Fortune 500, termasuk pelanggan seperti Cardinal Health, Bayer, Henkel, Dow, AB InBev, Cargill, Coca-Cola, Constellation Brands, 3M, RHI Magnesita dan Eastman. Sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu, FourKites telah mencapai pertumbuhan tahun ke tahun yang melebihi 40% bagi pelanggan global, pertumbuhan dalam kiriman global sebanyak hampir 80% dan pertumbuhan dalam kemudahan tersambung sebanyak 78%, yang kini berjumlah lebih daripada 2.3 juta kemudahan yang berasingan di seluruh dunia.

“Laporan Gartner baharu adalah jelas: Keterlihatan masa nyata merupakan suatu teknologi kemestian untuk mana-mana rantaian bekalan,” kata Mathew Elenjickal, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FourKites. “FourKites tetap gigih dalam memberikan tumpuan pada pembangunan penyelesaian yang menyasarkan secara khusus masalah pelanggan yang paling besar dan menambah nilai perniagaan sebenar. Kami berasa bangga kerana diakui oleh Gartner sebagai syarikat yang berwawasan dalam industri ini dan penyelesaian terpilih bagi perusahaan besar dengan keperluan yang rumit.”

Apa yang Dikatakan oleh Pelanggan mengenai Gartner® Peer Insights™
Model inovasi berteraskan pelanggan FourKites yang unik terus menghasilkan kemampuan ulung pada kadar yang cukup pantas, menguatkan kebolehan bertaraf tinggi syarikat untuk memberikan perkhidmatan kepada perusahaan yang terbesar di dunia.

“Platform FourKites adalah lengkap dan matang dari segi penjejakan lautan, rel dan trak, tetapi ia menawarkan lebih banyak lagi apabila kita mula melihat alat Pengurusan Limbungan/Kawasan Simpanan dan Penjadualan Janji Temunya. Pasukan suai tugas dan kejayaan pelanggannya bersikap profesional dan suka membantu. Ia merupakan rakan kami dalam perjalanan yang sedang berlangsung ini.” — Ahli Profesional Rantaian Bekalan, Runcit

“[Perkara yang paling kami suka tentang FourKites adalah:] 1. Mudahnya fungsi penggunaan dan pelaporan yang boleh disesuaikan oleh pengguna mengikut keperluan mereka. 2. Platform keterlihatan yang membolehkan kakitangan rantaian bekalan membuat keputusan dengan cepat untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan kami. 3. Produk begitu berjaya di sini di AS sehinggakan kami merancang hendak mengembangkan anggota gabungan dan pejabat antarabangsa kami.” — Pengarah, Pengangkutan & Logistik

“Platform itu luar biasa dari segi jumlah maklumat terperinci yang disediakan. Pasukan FourKites telah memberikan penjelasan sistem dan latihan yang sangat terperinci. Tahap sokongan daripada pihak FourKites adalah cemerlang. Bantuan/tindakan susulan yang berterusan daripada mereka bersifat luar biasa. Sistem itu terus menawarkan data tambahan untuk mempertingkat perkhidmatan Ventura kepada pelanggan.” — Pengurus Kapasiti & Pembangunan Pengangkut, Perkilangan

“Pelaksanaan sistem FourKites kami telah diselesaikan dalam tempoh masa yang lebih singkat daripada yang dijangka. Pada keseluruhannya, projek telah dikendalikan dengan amat baik oleh pelbagai pasukan, dan pasukan FourKites berkemungkinan besar merupakan pasukan pelaksanaan terbaik yang dengannya pernah saya bekerjasama dalam projek dengan skop dan saiz ini.” — Ahli Profesional Rantaian Bekalan

“FourKites merupakan syarikat yang cukup bagus sebagai rakan kerjasama. Ia mempunyai tumpuan khidmat pelanggan yang kukuh dan biasanya mengambil maklum balas produk melalui proses pembangunan hingga pengeluaran dalam masa singkat yang menakjubkan. Platform penjejakan terasnya, walaupun sofistikated, bersifat amat intuitif, dan ia nampaknya pandai mengutamakan pengalaman pengguna akhir dalam semua benda yang dikeluarkan olehnya.” — Pengurus Kanan Pengangkutan, Perkilangan

FourKites Terus Mendorong Inovasi Tanpa Bandingan
Di tengah-tengah satu lagi tahun yang dibelenggu gangguan rantaian bekalan yang berterusan, Fourkites menggandakan usahanya terhadap model inovasi berteraskan pelanggannya, ketika ia mengalu-alukan hampir 80 pelanggan untuk menyertai Program Rakan Inovasi baharunya. Pada tahun 2021 sahaja, FourKites menyampaikan lebih daripada 185 produk dan ciri-ciri baharu, yang hampir 40% daripadanya telah didorong oleh Rakan Inovasi. Beberapa inovasi syarikat baru-baru ini termasuklah:

  • Dynamic ETA® bagi Lautan, yang memberikan waktu tiba jangkaan (ETA) yang paling tepat dalam pasaran — 20% hingga 40% lebih tepat daripada angka janaan pengangkut — kepada pengirim, pengangkut dan logistik pihak ketiga (3PL) untuk kiriman lautan yang merangkumi lebih daripada 270 laluan dan 120 pengangkut di seluruh dunia.
  • Dynamic ETA® bagi Udara, yang membolehkan keterlihatan masa nyata untuk 100% daripada kargo udara, dengan ETA ramalan yang sangat tepat.
  • Peningkatan penting Dynamic Yard®yang membolehkan data yang sangat tepat dan terperinci sehingga peringkat setiap unit penyimpanan stok (SKU). Pelanggan melihat peningkatan dalam kecekapan tenaga kerja sehingga 30%, daya pemprosesan dok sebanyak 40% lebih baik, dan pengurangan dalam kos penahanan sebanyak 40% hingga 80%.
  • Pengeluaran Pengurus Janji Temu Sejagat di Eropah dan Asia Pasifik, yang membantu gudang, pusat pengedaran dan kemudahan pengilangan bekerjasama dengan cekap mengenai slot masa pengambilan dan penerimaan untuk menghapuskan masa henti (dwell time) yang berlebihan di tapak, mengurangkan yuran penahanan dan mengurangkan pelepasan karbon.
  • Hab Maklumat Pesananyang menyepadukan data pesanan, maklumat muatan berbilang mod, kiriman limbungan, keterlihatan inventori dan sistem pihak ketiga kritikal yang lain untuk menyediakan satu paparan tunggal bagi seluruh kitaran hayat setiap pesanan.
  • Inisiatif Sifar Bersih untuk membantu syarikat terkemuka di dunia mencapai matlamat organisasinya untuk mengurangkan sebaran kotoran rantaian bekalan.
  • Pemberian Paten A.S. No. 11,017,347 bagi Smart Forecasted Arrival, yang memberikan ETA yang sangat kerap dan tepat kepada syarikat untuk muatan dalam perjalanan, walaupun apabila trak itu kekurangan apa-apa teknologi untuk menghantar data lokasi.

Di samping itu, pada tahun lalu FourKites merupakan satu-satunya syarikat rantaian bekalan yang digelar sebagai AI Trailblazer oleh Everest Group; salah satu daripada hanya empat syarikat Pengangkutan dan Logistik yang menerima Anugerah Terbaik dalam Perniagaan Inc.; salah satu daripada 100 Syarikat Perisian Terbaik bagi tahun 2021 The Software Report; dan dinamakan sebagai Penyedia Hijau Terbaik oleh Food Logistics.

* Gartner, Magic Quadrant for Real-Time Transportation Visibility Platforms, Carly West, 25 Mei 2022.

** Gartner, Critical Capabilities for Real-Time Transportation Visibility Platforms, Carly West, 24 Mei 2022.

Penafian Gartner:
Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor yang mempunyai penarafan tertinggi atau penentuan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berkaitan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Gartner, Magic Quadrant dan Peer Insights™ ialah tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau anggota gabungannya di A.S. dan pada peringkat antarabangsa, dan digunakan di dalam ini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Kandungan Gartner Peer Insights terdiri daripada pendapat pengguna akhir individu berdasarkan pengalaman mereka sendiri, dan tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai pernyataan fakta, dan tidak juga menggambarkan pandangan Gartner atau anggota gabungannya. Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam kandungan ini, dan tidak juga membuat apa-apa waranti, tersurat atau tersirat, berkenaan dengan kandungan ini, tentang ketepatan atau kesempurnaannya, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Perihal FourKites
FourKites® ialah platform keterlihatan rantaian bekalan global #1, yang melanjutkan keterlihatan melebihi pengangkutan ke limbungan, gudang, stor dan seterusnya. Menjejaki lebih daripada 2.5 juta kiriman setiap hari merentasi jalan raya, rel, lautan, udara, bungkusan dan kurier, dan menjangkau lebih daripada 200 buah negara, FourKites menggabungkan data masa nyata dan pembelajaran mesin yang berkuasa tinggi untuk membantu syarikat mendigitalkan rantaian bekalan hujung ke hujungnya. Lebih daripada 1,000 jenama paling terkenal di dunia — termasuk 9 daripada 10 CPG (barangan pengguna yang dibungkus) teratas dan 18 daripada 20 syarikat makanan dan minuman teratas — mengamanahkan FourKites untuk mentransformasikan perniagaannya dan mewujudkan rantaian bekalan yang lebih tangkas, cekap dan mampan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lawati https://www.fourkites.com/.

Hubungan Media
Marianna Vyridi
Big Valley Marketing untuk FourKites
(650) 468-3263
mvyridi@bigvalley.co 

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7f86f13d-6f0b-4168-99bd-fa29a20e9703