
Pengendali PSG, Luis Enrique (kiri) bersama Frank semasa aksi Piala Super di Udine. Foto AFP
PENGENDALI Tottenham Hotspur, Thomas Frank, tetap berbangga dengan aksi anak buahnya biarpun tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam final Piala Super di Udine, Itali.
Spurs hampir merangkul trofi tersebut selepas mendahului 2-0 sehingga minit ke-80, namun PSG bangkit menyamakan kedudukan sebelum mengesahkan kemenangan 4-3 dalam penentuan penalti.
Frank mengakui pemainnya sudah memberikan segalanya menentang pasukan yang dianggap antara terbaik di dunia ketika ini.
âSaya sangat, sangat bangga dengan pemain, pasukan, kelab dan penyokong. Selama 75 hingga 80 minit kami hampir sempurna, tidak memberikan banyak peluang kepada lawan yang memiliki empat pemain dengan kualiti individu luar biasa,â katanya.
Frank juga menyifatkan penentuan penalti sebagai permainan nasib dan memuji keberanian pemain yang tampil mengambil sepakan.
âDalam penalti, ia bergantung pada margin yang sangat kecil, seperti lambungan syiling. Saya berterima kasih kepada semua pemain yang berani mengambil tanggungjawab,â katanya.
Menyentuh dua gol lewat PSG, Frank berkata ia berpunca daripada tekanan berterusan lawan dan pertukaran pemain yang memberi impak.
âKadang-kadang bola sepak ini tentang margin yang kecil. Mereka terus menekan, melakukan pertukaran pemain yang memberi tekanan kepada kami.
âGol pertama mereka hasil rembatan dari luar kotak, sebelum itu kami hampir tidak berdepan ancaman besar,â jelasnya.