Fury ada cara atasi Usyk

Fury ada cara atasi Usyk

London: Tyson Fury mendapat pengajaran berguna selepas tewas di tangan Oleksandr Usyk dan kini sedia membalas dendam, menurut promoternya, Todd Duboef semalam.

Usyk muncul juara dunia tiada tandingan selepas merampas gelaran WBC milik Fury pada Mei lalu untuk mencatat nama sebagai antara petinju terbaik sepanjang zaman.

Fury tampak memiliki kelebihan pada pertengahan pertarungan tetapi Usyk bangkit pada pusingan seterusnya dan kedudukan menjadi 10-8 di pusingan ke-9 selepas beberapa siri tumbukan Usyk menghumbankan Fury ke tepi gelanggang.

Kedua-dua jaguh itu akan bertarung semula di Riyadh pada 21 Disember dan DuBoef berkata, Fury kini tahu cara untuk menewaskan petinju Ukraine itu.

Mengenang kembali pertarungan pertama itu, dia berkata kepada Sky Sports: “Saya fikir Fury mendapat pengajaran berguna dan dia tidak boleh lagi mengambil mudah pertarungan dengan Usyk.

Menurut DeBoef lagi, dia yakin Fury akan dapat membalas dendam dengan menewaskan pencabarnya pada Disember jika kekal fokus dan mempamerkan semangat seperti seorang pahlawan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top