Fynn Jamal Dipersoal Lakukan Persembahan Atas Pentas

Fynn Jamal Dipersoal Lakukan Persembahan Atas Pentas

Oh! Artis

Penampilan Fynn Jamal di Atas Angin Festival cetus tanda tanya netizen, terutama soal imej dan pendiriannya sebelum ini.


Penampilan penyanyi dan penulis lirik Fynn Jamal di Atas Angin Festival pada Sabtu lalu menimbulkan persoalan di media sosial. Ramai yang terkejut melihat kemunculannya membuat persembahan terbuka selepas sebelum ini dikatakan tidak lagi mahu menyanyi di khalayak ramai.

Ohmedia difahamkan, persembahan itu berlangsung di Rooftop MyTOWN, Kuala Lumpur dan video nyanyian lagu Suatu Pernah Ketika turut tular sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Kemunculan Fynn Jamal tak selari dengan kata-kata

Apa sudah jadi kokping? (panggilan Fynn). Lama dia sembunyi untuk tidak buat persembahan. Ingat lagi dalam live orang minta dia nyanyi Terbang Tunduk pun dia tak nak, siap marah sebab minta benda yang dia dah tak buat iaitu menyanyi.- Kata netizen.

Seorang lagi netizen turut mengakui masih mengikuti penulisan Fynn tetapi merasakan ada sesuatu yang berbeza dengan kemunculan terbaharu itu.

Saya follow saja Fyn dulu selalu baca dia balas soalan netizen. Tapi ini rasa macam ada yang tak kena. Saya minta maaf, saya pun tak sempurna pendosa juga tapi sebab pakaian itu dan suasana macam ni (konsert).- Tulisnya.

Imej berniqab Fynn Jamal turut jadi persoalan

Selain soal kemunculan semula Fynn Jamal di pentas nyanyian, ada juga yang mempersoalkan kesesuaian persembahan tersebut dengan imejnya yang berniqab. Perkara itu menjadi antara topik utama yang dibincangkan dalam kalangan warganet.

Segelintir netizen mengakui mereka keliru dan bertanya secara terbuka mengenai hukum serta kesesuaian situasi tersebut.

Video yang memaparkan Fynn Jamal menyampaikan lagu Suatu Pernah Ketika menjadi antara kandungan yang paling banyak dikongsi selepas festival tersebut.

Pssttt! Ohmedia rasa dalam dunia sekarang, apa saja yang kita buat memang mudah jadi perhatian ramai. Jadi sebelum menilai, elok kita ambil masa faham situasi dan jaga cara tegur supaya tak melukakan mana-mana pihak.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top