
Polis percaya mangsa telah meninggal dunia selama 48 jam sebelum mayatnya dijumpai. Foto Agensi
CHIANG MAI – Seorang gadis cantik ditemui mati selepas cuba diperkosa abang iparnya.
Penemuan jasad mangsa, U-sa, 22, yang juga dikenali Praew dalam keadaan separuh bogel dan kesan jerutan pada leher dibuat rakannya di sebuah rumah di daerah Hang Dong, Chiang Mai di Thailand pada Sabtu lalu selepas dia tidak hadir di tempat kerja.
Tidak lama selepas itu, pihak berkuasa memberkas suami kakaknya, Phanuwat, 31, selepas siasatan awal mendapati pelaku cuba menodai dan membunuhnya.
Polis percaya mangsa telah meninggal dunia selama 48 jam sebelum mayatnya dijumpai.
“Suspek mengaku melakukan perbuatan ini ketika berada di bawah pengaruh alkohol pada Khamis lalu. Dia pergi ke rumah Praew yang ketika itu sedang nyenyak tidur. Mangsa bagaimanapun cuba melawan hingga Phanuwat bertindak mencekik dan menjerut lehernya dengan wayar alat pelurus rambut.
“Dia membatalkan niat untuk menodai Praew selepas mendapati mangsa sedang haid. Pelaku yang panik selepas mendapati adik iparnya sudah tidak bernyawa cuba menjadikan pembunuhan itu seperti berpunca daripada kejadian rompakan,” menurut laporan media tempatan.
Tetapi, dia kurang bernasib baik selepas bertembung dengan penghantar barang yang turut tampil sebagai saksi dan membawa kepada penahanannya.
Phanuwat telah berdepan tuduhan membunuh dengan sengaja dan jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman mati, penjara seumur hidup atau dipenjarakan untuk tempoh maksimum 15 hingga 20 tahun. – Agensi
Ringkasan AI
- Gadis cantik ditemui mati selepas cuba diperkosa abang iparnya di Chiang Mai, Thailand
- Jasad U-sa, 22, ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan kesan jerutan pada leher
- Penyiasatan awal mendapati suami kakaknya, Phanuwat, 31, cuba menodai dan membunuhnya
- Mangsa dipercayai telah meninggal dunia selama 48 jam sebelum mayatnya dijumpai
- Phanuwat mengaku melakukan jenayah ini di bawah pengaruh alkohol dan cuba menyamar pembunuhan itu sebagai kejadian rompakan


