Gadis Cedera Dilibas Objek Tajam Ketika Bonceng Motosikal, Suspek Sudah Ditahan Polis

Gadis Cedera Dilibas Objek Tajam Ketika Bonceng Motosikal, Suspek Sudah Ditahan Polis

Oh! Tidak

Remaja cedera di pinggang selepas dilibas objek tajam di Tangga Batu. Suspek naik motosikal biru ditahan.


Tular sejak semalam kejadian mengejutkan menimpa seorang remaja perempuan 19 tahun apabila dia tiba-tiba dilibas objek tajam ketika membonceng motosikal.

Kejadian berlaku melibatkan seorang lelaki tidak dikenali ketika melalui Jalan Tangga Batu, Tanjung Kling, Melaka.

Suspek ditahan polis malam tadi

Gadis berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan di pinggang dan foto dirinya berlumuran darah tersebar.

Suspek Libas

Terbaru Harian Metro melaporkan suspek akhirnya ditahan polis di sebuah rumah berdekatan tempat kejadian sekitar jam 10.30 malam tadi.

Pihak polis akan membawa suspek berumur 20-an ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh bagi permohonan reman hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Kronologi kejadian, mangsa pulang dari tempat kerja

Tikam Lelkai
Foto tular

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang, mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu 9, Tangga Batu dengan membonceng motosikal yang ditunggang oleh kakak iparnya.

Kedua-dua mereka bekerja di sebuah kilang sarung tangan berhampiran kawasan kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kakak ipar mangsa pada mulanya tidak menyedari kehadiran mana-mana individu mengekori mereka dari belakang.

Namun, mangsa secara tiba-tiba memberitahu sakit di bahagian belakang dan meminta kakak iparnya untuk berhenti di tepi jalan.

Ketika itulah kakak ipar mangsa melihat sebuah motosikal jenis Yamaha LC V8 berwarna biru gelap yang ditunggang lelaki tidak dikenali, memakai jaket gelap dan topi keledar biru, memecut laju.

Mangsa yang mengalami luka di bahagian pinggang sepanjang tujuh sentimeter dan lebar tiga sentimeter telah dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Pssttt! Kejadian ni memang menakutkan, lebih-lebih lagi bila berlaku kepada gadis muda yang baru bekerja. Boleh jadi trauma teruk! Apa-apa pun kita tunggu siasatan polis seterusnya.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top