Gadis ‘feeling’ cantik pakai spek, sekali terkedu pakwe ‘sound’ hijab nampak leher

Gadis ‘feeling’ cantik pakai spek, sekali terkedu pakwe ‘sound’ hijab nampak leher

Bagi pengguna tegar aplikasi TikTok, korang mesti tahu mengenai video trending ‘awek kau cantik… lemah!’ yang berkaitan dengan sindiran terhadap situasi tertentu sehingga menjadi ikutan orang ramai.

Terbaru, seorang gadis @yourwarr turut menghasilkan video seperti itu namun mencadangkan golongan lelaki supaya mencari pasangan yang memakai cermin mata.

Menerusi satu perkongsian video di akaun TikTok milik kekasihnya @sykrfd semalam, gadis tersebut merakam dirinya yang turut mengenakan cermin mata sebelum ‘diperli’ oleh lelaki berkenaan.

@sykrfd

Apa mau takut😂 ayat aku pon tak betul ek @yourwarr #hmm

♬ original sound – Kirs – Kirs

“Kalau korang nak awek cantik, carilah yang pakai spek baru la cantik!,” kata gadis itu seolah-olah memuji dirinya.

Bagaimanapun, si teman lelaki segera mengusik dengan melemparkan dialog berkenaan video trending itu sehingga gadis tersebut hilang kata-kata.

“Awek kau cantik? Pakai tudung nampak leher tak? Nampak? Memang tak reti tutup aurat,” seloroh lelaki terbabit sambil ketawa.
@sykrfd

Geram kekadang 😂

♬ original sound – Kirs – Kirs

Rakaman video itu menerima setengah juta tontonan selain lebih 2,000 komen dalam kalangan netizen dimana ramai memuji tahap keberanian lelaki terbabit yang menegur kekasihnya secara terang-terangan tanpa perlu berkias.

Mereka menyifatkan dialog lelaki itu ‘win’ sehingga menusuk kalbu terhadap segelintir individu yang terasa kerana belum menutup aurat dengan sempurna.

Kalau pakwe yang tegur, senang la tak merajuk lama-lama. Mana tahu dalam gurauan membuatkan seseorang tu terbuka atau berubah hati untuk menjadi insan lebih baik kan!

Sumber: TikTok @sykrfd

Scroll to Top