Oh! Tidak
Gadis kata lelaki Malaysia tak mampu ‘provider’. Netizen lelaki kata “kami tak nak perempuan macam kau”
Platform Threads memang tak rilek erk?! Ada saje benda yang bikin kecoh dan hari tu viral lagi satu video temubual yang memaparkan pandangan seorang gadis berkenaan ciri-ciri lelaki yang dianggap ‘red flag’.
Dalam video tersebut, seorang gadis berasal dari Kelantan bernama Tasha dengan lantang menyatakan bahawa lelaki yang tidak mempunyai duit adalah red flag utama baginya.
Menurut Tasha, berdasarkan pengalamannya sendiri dalam perhubungan, dia sering kali terpaksa menanggung segala perbelanjaan termasuk sewaktu keluar bersama. Malah, makan di restoran mamak pun dia yang bayar.
“Keluar pergi mamak pun I kena belanja, walaupun RM15”- Gadis.
Gadis itu berkata, lelaki sepatutnya ada tanggungjawab sebagai pemberi, atau ‘provider’, dalam sesebuah hubungan. Tapi katanya, lelaki di Malaysia gagal menepati ciri itu.
Keluar pergi mamak pun I kena belanja, walaupun RM15. I memerlukan lelaki yang ada duit & provider. Lelaki Malaysia ni tak ada yang provider. Susah nak cari. Semua lemah!
Kenyataan itu mencetuskan perdebatan hangat di kalangan pengguna Threads kerana dianggap terlalu general dan menyalahkan keseluruhan lelaki Malaysia tanpa asas kukuh.
Orang lelaki tak puas hati, balas dengan pedas…
Seperti dijangka, komen Tasha mengundang reaksi panas dalam kalangan netizen, terutamanya lelaki. Ramai yang tampil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa lelaki yang ada kemampuan sebagai ‘provider’ memang wujud, tetapi mereka tahu memilih pasangan yang sesuai.
Antara respon paling banyak dikongsi adalah, “Ramai je lelaki provider, cuma kami tak nak perempuan macam kau!”.
Komen itu mendapat sokongan ramai dan tular sebagai balasan kepada pandangan yang dianggap keterlaluan daripada Tasha. Malah ada yang berkata, “duit bukan isu, attitude tu yang red flag.”
Lelaki Malaysia sememangnya mampu, tapi tahu pilih…
Sebahagian besar netizen turut mengatakan bahawa ramai lelaki sekarang semakin matang dan tahu menilai bukan sahaja dari segi rupa atau gaya, tapi juga nilai dan sikap seseorang.
Ada juga yang kata, mereka lebih rela hidup bujang daripada terjebak dengan wanita yang hanya pentingkan duit.
Sementara itu, ada juga yang bersikap lebih terbuka dan mengajak semua pihak supaya berhenti stereotaip lelaki atau wanita hanya berdasarkan satu dua pengalaman peribadi.
Pssttt! Zaman sekarang ni memang ramai yang terbuka berkongsi pandangan di media sosial, tapi setiap pandangan ada kesannya. Bagi Ohmedia, lelaki atau perempuan, semua ada pilihan masing-masing. Tapi kalau kita nak pasangan yang baik, kita pun kena jadi seseorang yang baik juga.
Jangan cepat generalise atau hukum satu jantina hanya sebab pengalaman buruk dengan seorang dua individu. Hormat dan komunikasi yang matang jauh lebih penting dari sekadar siapa bayar mamak. Kan korang?
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!