Bermodalkan muka cantik dan pickupline hambar, dua gadis dikecam kerana didakwa sengaja ‘mengemis’ sharwama di sebuah kedai viral.
Menerusi video yang tular di Twitter selepas dimuat naik oleh gadis itu sendiri di akaun TikTok miliknya, ramai yang mengatakan tindakan tersebut sangat tidak patut walaupun ia sekadar konten.
Ujar wanita itu, seronok menjadi orang yang cantik kerana akan mudah mendapat ‘privilege’. Jadi, dengan cara itu mereka berdua telah membuat konten dengan ‘menayang’ muka cantik dan memberikan pickupline kepada pelayan kedai untuk mendapatkan sharwama secara percuma.
Ternyata tindakan tersebut berhasil apabila pelayan yang digoda telah bergegas ke dapur dan kembali semula dengan memberikan mereka sharwama.
Perkongsian tersebut telah menghadirkan pelbagai komen daripada netizen yang kebanyakkannya meluat melihat cara gadis tersebut mendapatkan makanan percuma.
Walaupun boleh jadi perkara tersebut sekadar konten, namun apa yang dilakukan sepertinya tidak sopan dan tak tahu malu kerana memancing pekerja kedai dengan ayat-ayat memikat sehingga mendapat sharwama percuma.
Sumber: Twitter @TikTokBerguna