Oh! Artis
Abby Abadi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim bercuti bersama di Sapporo, Jepun, tunjuk contoh keluarga besar harmoni walau pernah ada konflik.
Jarang-jarang kita dapat lihat keluarga besar yang pernah melalui episod penceraian masih mampu bercuti bersama dengan harmoni.
BACA: Abby Abadi Dedah Norman Hakim Beli Kereta Sport Tapi 17 Tahun Tak Bagi Nafkah
Namun itulah yang dilakukan oleh pelakon Abby Abadi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang kini sedang bercuti di Sapporo, Jepun bersama anak-anak mereka.
“Ya Allah satukanlah hati kami selamanya…”
Perkongsian yang dimuat naik oleh Memey dan Abby di Instagram mencuri perhatian ramai apabila mereka dilihat melancong bersama satu keluarga besar yang turut disertai oleh anak-anak hasil perkahwinan Abby dan Norman suatu ketika dahulu.

Memey turut berkongsi momen mereka bermain salji bersama, berpegangan tangan dalam bulatan sambil menikmati suasana sejuk di luar bangunan.
Sementara itu, perkongsian foto di lapangan terbang turut mencetus pelbagai reaksi positif, terutama apabila melihat Abby Abadi turut bersama-sama.
Netizen teruja dan memuji hubungan baik antara Memey dan Abby yang dianggap luar biasa serta matang dalam menguruskan keluarga besar mereka.
Pssttt! Walaupun pernah melalui pelbagai fasa, keakraban Abby, Memey dan Norman membuktikan bahawa kebahagiaan anak-anak dan keharmonian keluarga jauh lebih penting daripada kisah silam.
Kredit: Instagram Memey Suhaiza
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




