Gagal bayar caj hiburan, dua lelaki diugut, dipukul

Gagal bayar caj hiburan, dua lelaki diugut, dipukul

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Dipaksa minum air kencing, dipukul dan dibogelkan. Itu nasib malang dialami dua lelaki selepas berhibur di sebuah pusat hiburan di Pudu, di sini, semalam.

Lelaki itu pulang lebih awal sekitar jam 10 malam sebelum dihubungi rakannya memaklumkan dia dipukul kerana gagal membayar caj hiburan sebanyak RM13,500.

Bagaimanapun sebaik tiba, lelaki itu turut dipukul dan diugut akan disebar gambar tidak senonoh mereka jika enggan membayar.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihak polis mengesahkan menerima laporan pada jam 5.03 pagi daripada mangsa.

Menurutnya, mangsa menyatakan dia menerima panggilan daripada rakannya jam 2.37 pagi memohon bantuan kerana dipukul dan diugut akibat gagal membuat pembayaran kadar caj di sebuah pusat hiburan di Pudu.

“Dua lelaki berusia 33 tahun itu pada mulanya pergi ke pusat hiburan terbabit untuk berhibur.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan lebam di bahagian badan dan muka akibat dipukul oleh suspek,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 384 / 324 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis dalam usaha mengesan suspek dan kes masih dalam siasatan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top