Umum sedia maklum, sejak lima tahun kebelakangan ini sistem kerajaan di Malaysia telah mengalami pertukaran sebanyak tiga kali untuk mentadbir sesebuah negara.
Mungkin bagi sesiapa yang tidak peka mengikuti perkembangan semasa politik, keberangkalian tinggi mereka pasti sahaja akan keliru dengan ‘pemegang’ sesuatu jawatan atau peralihan kuasa politik.
Begitu juga dengan beberapa peserta Dewi Remaja apabila diajukan soalan asas politik kepada mereka.
Menerusi video dikongsikan oleh Sinar Harian di laman Twitter, peserta-peserta Dewi Remaja kelihatan ‘tercengang’ apabila ditanya mengenai soalan asas politik.
Semasa ditemu bual, wartawan bertanyakan soalan mengenai tiga parti pembangkang dan tiga parti pentadbir kerajaan
Has the country’s political instability got these ladies confused? Watch what they have to say now!#DewiRemaja #PoliticallyFrank #Merdeka #Malaysia #Politics #BeautyWithBrains pic.twitter.com/2WDrUAV6Fh
— Sinar Daily (@sinardailymy) August 24, 2022
Salah seorang peserta, Noor Alyssa Ahmad Azmi menjawab tiga parti pembangkang adalah PAS, MUDA dan Barisan Nasional sebelum menukar jawapan kepada Pakatan Harapan setelah bertanya kepada rakan sebelahnya.
Peserta Dewi Remaja lain, Keeran Kaur menjawab tiga parti kerajaan adalah Perikatan Nasional, BERSATU dan PAS sebelum diakhiri dengan tepukan oleh rakan seperjuangannya.
Rata-rata di kalangan warganet meluahkan rasa tidak puas hati setelah melihat kelakuan semasa mereka memberikan jawapan. Mereka kesal kerana kesemua peserta yang berada di situ kelihatan keliru serta ‘teragak-agak’ dengan jawapan yang diberikan.
Melihat kepada jawapan yang diberikan oleh para peserta tersebut, ia sedikit sebanyak telah membuatkan mereka lebih yakin pengundi berusia 18 tahun sebenarnya tidak layak untuk turun mengundi dan memilih wakil rakyat.
Pun begitu, masih terdapat warganet sudi membantu menyelesaikan kekeliruan sistem politik negara terkini.
Sumber: Twitter @sinardailymy