Gaji Selalu Habis Di Tengah Bulan, Ikuti Langkah Terbaik Ini Untuk Duit Selalu Ada Dalam Bank!

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Walaupun ekonomi negara sudah semakin pulih yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19 melanda, namun ia bukanlah peluang untuk kita berbelanja dengan boros tanpa menyimpan wang saku untuk keperluan kelak. Ramai yang terkesan disebabkan pandemik melanda. Perniagaan yang tidak mampu bertahan, ramai yang kehilangan kerja dan ada juga yang terpaksa mencari sumber rezeki lain demi meneruskan kelangsungan hidup.

Sumber gambar: Kaboompics

Oleh itu, kita disarankan untuk bijak dalam mengawal perbelanjaan kita supaya andai apa-apa berlaku pada ekonomi negara, sekurang-kurangnya kita tidak terjejas dan mampu untuk menstabilkan kewangan hidup. Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk memastikan status kewangan anda sentiasa stabil!

  1. Pelan makanan harian anda dengan bijak.

Seberapa kerap anda makan dan berapakah kos sentiap kali anda makan? Pernahkah anda mengira segala kos perbelanjaan harian anda? Untuk langkah terbaik, pelan kos perbelanjaan harian anda supaya tidak berbelanja dengan banyak. Selain itu juga, anda boleh membawa bekal daripada rumah yang boleh dijadikan sebagai strategi untuk berjimat-cermat.

Gambar bawah ini sebagai contoh pelan makanan yang boleh kita jadikan sebagai rujukan:

pastedGraphic.png

Sumber: www.comparehero.my

Selain itu juga, makanan yang dibawa dari rumah juga lebih sihat dan berkualiti jika dibandingkan dengan makanan yang anda beli di luar.

2. Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan yang berlaku.

Sumber gambar: She The People

Ramai yang menganggap cara ini menyusahkan. Menyimpan resit dan merekod setiap perbelanjaan antara idea terbaik untuk menjimatkan duit anda. Sebenarnya cara ini amat efektif. Selain dapat mengawal kos perbelanjaan anda, ia juga dapat menunjukkan perbezaan kos yang dahulu dan terkini. Ini membantu anda untuk memilih produk yang lebih murah dan tidak tersalah membeli produk yang mahal.

3. Jenama tak terlalu penting.

Sumber: Shoppers Gossip

Khas bagi mereka yang terlalu mementingkan jenama, sebenarnya jika anda membeli sesuatu produk mengikut jenama mewah, ia membawa kerugian kepada anda! Bukan bermaksud anda langsung tidak boleh barangan berjenama, tetapi haruslah sentiasa beringat mengenai kemampuan anda. Barangan yang tidak berjenama pun akan kelihatan mewah jika anda tahu bagaimana untuk menggayakannya!

4. Latih diri menahan nafsu berbelanja.

Sumber gambar: iMoney.com

Sekarang bukan masa yang sesuai untuk “beli dahulu, fikir kemudian”. Kalau buat juga, “kesihatan” kewangan ada potensi besar untuk jatuh merosot. Hal ini berkaitan dengan ego diri kita sendiri. Kalau sanggup buat, kita masih ada peluang untuk selamatkan kewangan kita daripada terus merosot. Kalau tak perlukan sesuatu barangan itu, lebih baik kita tahan nafsu daripada membeli. Anda harus mengutamakan keperluan daripada kehendak. Beli apa yang penting dan diperlukan dahulu seperti makanan dan lain-lain. Jika tidak penting, mungkin anda boleh tangguhkan terlebih dahulu.

5. Elakkan berbelanja untuk perkara yang tak perlu.

Hari ini ramai yang ingin menunjukkan status di laman sosial walaupun ‘papa kedana’. Ada yang sanggup berhutang semata-mata ingin tampak mewah. Ada juga yang membeli barangan yang tidak sepatutnya atau tidak digunakan langsung. Ini sangat bahaya! Oleh itu, untuk hidup anda tidak tersepit sebelum gaji yang seterusnya, mula belajar mencantas perbelanjaan yang tak perlu sebagai salah satu strategi.

Antara contoh yang boleh kita buat seperti:

  • Kurangkan melepak kat luar pada hujung minggu,
  • tak ke pawagam untuk melihat setiap “movie” yang baru keluar,
  • kerap memasak dan makan kat rumah (daripada beli kat kedai), atau lain-lain.
  • Kurangkan pembelian ansuran yang boleh menyebabkan gaji bulanan anda terjejas.
Sumber gambar: Cottonbro

Selain itu, mula kaji rentak dan gaya perbelanjaan, dan fahami ia sedalam yang boleh.

Beri perhatian kat perkara seperti keahlian gym, pelan Internet dan telefon bimbit kita, atau lain-lain perkara yang sama waktu dengannya. Kalau tidak kerap ke gym, potong keahlian ini daripada terus membazir. Kalau ada pelan Internet atau telefon bimbit yang lebih murah dan berbaloi, tak perlu rasa berdosa untuk tukar. Janji kita dapat berjimat sebanyak yang mungkin. Lebih banyak yang boleh kita jimat, adalah lebih baik.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe