Galak marahkan pengadil, gigi palsu lelaki tersembur keluar -“Perit muka nak kutip”

Galak marahkan pengadil, gigi palsu lelaki tersembur keluar -“Perit muka nak kutip”

Kehangatan Final Piala FA malam tadi sememangnya masih dirasai peminat-peminat bolasepak Tanah Air lebih-lebih lagi penyokong pasukan Terengganu dan Johor Darul Takzim (JDT).

Walaupun kemenangan berpihak kepada JDT dengan tiga gol berbalas 1, namun kemeriahan penyokong dari kedua-dua pasukan sememangnya harus dipuji.

Mana tidaknya, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mizalurima11, dia telah memuat naik momen dimana gigi palsu rakannya tertanggal disebabkan terlampau bersemangat ‘memarahi’ pengadil berikutan tidak puas hati dengan keputusan.

@mizalurima11

Pengadil la ni punca,tercabut gigi palsu kwn saya ke longkang 😂😂😂#terengganufc #tiktok #fyp #bukitjalil

♬ original sound – ROLL – ROLL

Dapat dilihat gigi palsu rakan kepada pengguna TikTok itu jatuh ke dalam longkang dan masing-masing yang berada di tempat duduk penonton berhampiran mereka tertawa dengan momen tersebut.

Difahamkan, ketika sedang ‘galak-galaknya’, pemuda tersebut tersembur gigi palsu  sebelum terkena pagar besi dan melantun jatuh ke dalam longkang di hadapan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan momen tersebut walaupun sedar pemuda berkenaan sedang menanggung malu.

Namun begitu, mereka merasakan apa yang berlaku malam tadi antara perkara yang akan dia ingat sehingga ke akhir hayat.

 

Sumber: TikTok @mizalurima11

 

Scroll to Top