Galaxy Z Fold7 dan Flip7 rasmi untuk pasaran tempatan

Galaxy Z Fold7 dan Flip7 rasmi untuk pasaran tempatan

saufi@mediaprima.com.my

PENGELUAR peranti pintar terkemuka, Samsung Malaysia Electronic menyambung legasi peranti skrin boleh lipat menerusi pelancaran untuk pasaran tempatan generasi baharu Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7.

Pelancaran peranti baharu itu menarik perhatian orang ramai apabila menampilkan bintang K-Pop terkemuka, Lee Soo Hyuk yang berkongsi pengalaman menggunakan peranti baharu itu.

Pada masa sama, pengunjung berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri ekosistem penuh yang ditawarkan Samsung menerusi pameran di Pavilion Kuala Lumpur.

Program jelajah itu bermula hari ini hingga 20 Julai dan pengguna boleh melihat keseluruhan segmen produk serta perkakas pintar keluaran syarikat gergasi berkenaan.

Menerusi pelancaran berkenaan, Samsung menerajui pasaran peranti pintar segmen skrin boleh lipat dengan dua generasi baharu siri Galaxy Z berkenaan.

Galaxy Z Fold7 direka untuk mereka yang inginkan gaya mudah alih harian dan rasa intuitif telefon pintar tradisional, digabungkan dengan kuasa yang dipertingkatkan dan fleksibiliti paparan yang lebih besar apabila dibuka, semuanya dalam satu peranti.

Samsung turut memperkenal Galaxy Z Flip7 dan jam tangan Galaxy Watch8.

Peranti itu menampilkan reka bentuk ultra nipis dan ringan serta paparan penutup yang lebih luas, Galaxy Z Fold7 memberikan pengalaman ketika bergerak yang lancar dan menjadikan penaipan serta pelayaran mudah apabila dilipat untuk senang dibawa ke mana-mana.

Pra tempahan dibuka sehingga 31 Julai dengan harga untuk Galaxy Z Flip7 FE bermula serendah RM3,999.

Terdapat tiga variasi siri Galaxy Z Fold7 iaitu memori (RAM) 16GB bersama storan 1 Terabait (TB) storan dijual pada harga RM9,299, manakala memori 12GB + 512GB (RM7,799) dan 12GB + 256GB (RM7,199).

Untuk siri Galaxy Z Flip7, tanda harga bermula RM4,999 (12+256GB) hingga RM5,599 (12+512GB).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top