Oh! Negara
Tular gambar didakwa anak bekas PM ditahan selepas dadah ditemui dalam kereta mewah merah.
Semalam, kecoh satu Malaysia bila berita tentang seorang individu yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia dikatakan ditahan polis selepas dadah ditemui dalam keretanya.
Cerita ini bukan biasa-biasa sebab melibatkan nama besar politik, jadi memang laju je jadi buah mulut netizen.
Ramai yang terus tertanya-tanya, betul ke anak bekas PM tu yang kena tangkap? Lagi-lagi bila ada gambar yang tersebar di Threads, menunjukkan seorang individu dengan wajah cengkung didakwa akibat pengambilan dadah berlebihan.
BACA: Anak Bekas Pemimpin Ditahan Lepas Polis Jumpa Dadah Dalam Kereta
Gambar kereta mewah milik anak bekas PM jadi perhatian…

Bukan setakat gambar individu tu je yang tersebar, malah sebuah kereta mewah berwarna merah juga turut dikongsi dan didakwa kereta sama yang ditahan oleh pihak polis.
Gambar ni makin menguatkan lagi spekulasi netizen tentang siapa sebenarnya individu terbabit.
Dalam masa yang sama, Instagram milik anak kepada bekas PM itu pula jadi sasaran. Netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai persoalan, masih cuba dapatkan kepastian sama ada dia memang orang yang ditahan atau sekadar fitnah semata-mata.

Setakat ini, identiti sebenar individu terbabit masih jadi tanda tanya. Walaupun banyak spekulasi yang tersebar, pihak berkuasa belum mengesahkan secara rasmi siapakah anak bekas PM yang dimaksudkan.
Pssttt! Korang kena hati-hati dengan apa yang korang baca dan sebarkan. Kadang-kadang berita yang tular tu belum tentu betul. Jangan cepat buat kesimpulan atau tuduh orang sebelum ada pengesahan rasmi. Ingat, fitnah boleh rosakkan hidup orang lain.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!