Gambar bersama atlet, juri acara surfing digugurkan

Gambar bersama atlet, juri acara surfing digugurkan

Tahiti: Seorang juri bagi acara Surfing Olimpik dari Australia dikeluarkan dari panel yang penilai pertandingan di Tahiti selepas gambar yang menunjukkan beliau bersama atlet dari negaranya Ethan Ewing, dan pengurus pasukan tersebar di media sosial.

Badan pengelola sukan, Persatuan Surfing Antarabangsa (ISA), berkata bahawa adalah tidak sesuai bagi seorang juri berinteraksi dengan seorang atlet dan pasukan mereka dengan cara sedemikian.

“Untuk memastikan integriti dan keadilan tidak dipertikaikan dan mengikut Kod Etika ISA dan Kod Etika IOC, Jawatankuasa Eksekutif ISA memutuskan untuk mengeluarkan juri itu dari panel penilaian untuk baki pertandingan,” kata persatuan itu.

ISA tidak mendedahkan identiti juri terbabit namun Benjamin Lowe adalah satu-satunya juri dari Australia di pertandingan Surfing Olimpik ini.

“Keputusan ini tidak berkaitan dengan prestasi juri ini di Sukan Olimpik.

“ISA berkomunikasi dengan semua juri dan pasukan untuk mengingatkan mereka tentang tanggungjawab mereka berkenaan dengan tingkah laku yang sesuai,”kata ISA.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top