Gambar, video tular pesawat bukan milik TUDM

Gambar, video tular pesawat bukan milik TUDM

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan video dan gambar beberapa rangka pesawat yang tular di media sosial adalah milik pasukan itu.

Gambar dan video tular itu dikatakan membabitkan pesawat jenis F-5E buatan Amerika Syarikat.

TUDM dalam kenyataan malam ini berkata, semua pesawat dan aset di bawahnya diuruskan dengan baik, selamat dan sistematik.

“TUDM ingin menegaskan bahawa pesawat (tular) itu bukan milik TUDM.

“Pihak TUDM juga ingin menjelaskan bahawa semua pesawat milik TUDM berada dalam pegangan dan diuruskan secara sistematik, selamat dan bersesuaian dengan pengoperasian,” menurut kenyataan.

TUDM meminta orang ramai agar menghentikan sebaran maklumat palsu dan tidak melanjutkan sebarang andaian yang boleh menimbulkan spekulasi atau persepsi yang tidak benar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top