Gandingan ‘Hilang Dalam Rindu’ Tracie Sinidol & Jazmy Juma Raih Perhatian, #JaCieEffects Buat Hati Penonton Cair!

Gandingan ‘Hilang Dalam Rindu’ Tracie Sinidol & Jazmy Juma Raih Perhatian, #JaCieEffects Buat Hati Penonton Cair!

#JaCieEffects kini menjadi bualan hangat di media sosial! Keserasian gandingan Tracie Sinidol dan Jazmy Juma bukan sahaja memikat hati peminat di Malaysia, malah turut mencuri perhatian penonton di Indonesia menerusi ‘chemistry’ mereka yang benar-benar ‘mencairkan’ dalam drama Hilang Dalam Rindu.

Drama ini merupakan adaptasi 100 peratus daripada novel asal, disuntik dengan sentuhan ala vibe ‘Wattpad’. Keistimewaannya terletak pada jalan cerita yang kekal setia kepada karya asal dan bebas daripada babak ‘cringe’ yang berlebihan.

Di bawah arahan Along Kamaluddin, setiap episod membawa penonton larut dalam kisah cinta yang tulus dan menyentuh emosi.

Fenomena ini turut memberi impak kepada jualan novel apabila sebanyak 31,500 naskhah habis terjual dalam tempoh singkat. Menariknya, ada penonton yang sebelum ini jarang mengikuti drama tempatan, sanggup berjaga sehingga jam 5 pagi demi menonton maraton episod tanpa henti.

Walaupun masih baharu dalam industri, Tracie dan Jazmy berjaya mempamerkan keserasian yang luar biasa. Adegan romantik mereka yang ringkas tetapi penuh rasa membuatkan penonton bagaikan menyaksikan percintaan sebenar.

Tracie turut menerima pujian kerana mengekalkan batas pergaulan dan membawa watak Dira dengan dimensi gelap serta kompleks, sekali gus memperlihatkan kepelbagaian bakat lakonannya.

“Cerita ni memang ikut novel sepenuhnya. Skrip pun sangat tepat. Love it!” tulis netizen.
“Sorry sinetron Indonesia… kita nonton ini dulu. Ramai juga orang Indonesia yang follow,” komen warganet.
“SUMPAH BEST GILA! Tapi sayangnya novel belum sempat beli lagi. Chemistry Tracie dan Jazmy memang padu,” ujar peminat.

Jangan lepaskan peluang menonton Hilang Dalam Rindu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Episod baharu juga boleh distrim 24 jam lebih awal melalui Tonton di www.tonton.com.my.

Scroll to Top