Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Caprice menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap seorang penyanyi tradisional yang didakwa menganggu seorang pelakon kanak-kanak secara pengantunan seksual ataupun sexual grooming.
Mesej jijik penyanyi lelaki
Pemilik nama Ariz Ramli, 37, mendedahkan suspek juga pernah bekerja bersama pihak polis dan berharap tidakan lanjut boleh diambil bagi membendung masalah ini supaya tidak berlaku kepada kanak-kanak lain.
“Salam Polis Diraja Malaysia (PDRM), sila angkut ini orang yang ada kerja juga bersama PDRM.
“Jelas cuba grooming (pengantunan seksual) seorang budak. Modus operandi hanya melalui WhatsApp, harap ada tindakan secepat, insya-Allah demi keselamatan anak-anak kita,” kata Caprice di Instagram, hari ini.
Pendedahan itu dibuat oleh Caprice menerusi Instagram miliknya dan turut berkongsi perbualan bersama ibu mangsa yang ingin perkara ini diberi perhatian dan dijadikan sebagai iktibar.
Dalam pada itu, Caprice turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan penyanyi lelaki itu kerana cuba melakukan perbuatan tidak senonoh kepada kanak-kanak bawah umur setelah diberi kepercayaan untuk melindunginya.
“Ibu bapa letak kepercayaan dekat kau untuk jaga anak mereka bukan cium cium dan cerita pasal sunat, bodoh,” jelasnya.
Ibu kepada pelakon terbabit memberitahu anaknya yang baru berusia 10 tahun itu diganggu oleh penyanyi tersebut menerusi perbualan di aplikasi WhatsApp.
Artikel lain: Jangan tanya soalan kurang bijak ‘kenapa mangsa rakam?’ – Caprice
Difahamkan, penyanyi itu cuba mengambil kesempatan setelah menawarkan anaknya, yang dikenali sebagai Mikael untuk berlakon di pusat teaternya.
Namun setelah segalanya selesai, penyayi tersebut berkenan mengambil Mikael untuk dijadikan sebagai anak angkat setelah memberitahu isterinya baru sahaja keguguran sebelum didakwa cuba melakukan sexual grooming sehingga kanak-kanak itu mula tidak menghormati ibu bapanya.
Sumber: Instagram capricedaddycap