Gara-gara kelab bangkrap, Riera jadi jurulatih kelab Slovenia

Gara-gara kelab bangkrap, Riera jadi jurulatih kelab Slovenia

Bordeaux: Bekas pemain sayap Liverpool, Albert Riera, mengumumkan bahawa dia meninggalkan kelab Perancis Bordeaux selepas pasukan itu bangkrap selain turun ke liga ketiga untuk kembali sebagai jurulatih kelab Slovenia, NK Celje.

Riera, yang berusia 42 tahun, hanya menghabiskan kurang dari satu musim dengan Bordeaux selepas menyertainya pada Oktober lalu.

“Satu-satunya sebab untuk kembali adalah motivasi yang dikongsi oleh kelab dan saya untuk meletakkan kelab ini di peta bola sepak Eropah.

“Terima kasih kepada pihak pengurusan NK Celje kerana menjadikannya mungkin,” kata Riera di media sosial selepas menandatangani kontrak sehingga 2026..

Minggu lalu, juara Perancis enam kali, Bordeaux, mengumumkan bahawa mereka akan menjadi kelab amatur untuk kali pertama dalam hampir 90 tahun selepas memfailkan kebankrapan.

Kelab terbabit perlu mencari 40 juta euro ($43.6 juta) untuk menyeimbangkan kewangan mereka dan berbincang dengan pemilik Liverpool, Fenway Sports Group (FSG), sebelum pelabur Amerika itu menarik diri daripada rundingan awal bulan ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top