Kisah ‘amukan’ seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Long, di sebuah kedai serbaneka 7Eleven masih lagi hangat diperkatakan netizen sehingga ke hari ini.
Bermula dengan isu mengamuk gara-gara cuba mempertahankan anak lelakinya yang dituduh mencuri di 7E sehinggalah perlakuan biadap di KFC, Kak Long terus menjadi sasaran kebencian warganet.
Meskipun telah membuat permohonan maaf terbuka, ia masih tidak menghentikan kebencian warganet atas ‘amukan’ yang dilakukan oleh wanita itu.
Semalam, gambar Kak Long 7E dimuatnaik oleh bekas peserta program Pencetus Ummah 2015, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin, sebagai tetamu jemputan salah satu program TV Alhijrah.
‘Spotlight’ yang telah diberikan kepada Kak Long ini sekaligus mencetuskan kemarahan di kalangan netizen.

Kecoh di laman Twitter, ciapan yang dikendalikan oleh Muhammad Syarafi ini mempersoalkan TV Alhijrah dianggap kekurangan perkongsian lebih berilmiah yang mahu dikongsikan kepada penonton.
Didalam ciapan itu, tindakan rangkaian televisyen TV Alhijrah menjemput Kak Long 7E, dikatakan mahu mengikuti jejak langkah program Melodi yang hanya mementingkan populariti semata-mata.
Salam @TVAlhijrah kalau takde content sangat nak buat, approach leww mana² doktor ka, peguam macam aku ka, panggil buat sharing yang berilmiah sikit.
Ni hangpa panggil orang tah hapa² ni nak jadi macam Melodi ka? 🤦🏼 pic.twitter.com/mkdW2mMjXN
— ~Muhammad Syarafi~ ™️ (@RafiCounsel) March 14, 2022
Rata-rata netizen mengatakan tindakan TV Alhijrah itu untuk raih rating dengan melakukan publisiti murahan seperti menjemput figura yang sudah menunjukkan contoh yang tidak harus diikuti.


Menjengah ke ruangan ciapan, terdapat warganet yang mengatakan hanya di Malaysia sahaja merupakan platform untuk kelompok yang bermasalah moral berbanding individu yang menegakkan kebenaran.

Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa netizen meluahkan rasa kesal dengan perkembangan industri hiburan di Malaysia sekiranya pihak produksi masih lagi mengejar publisiti murahan.


Difahamkan, posting asal yang dimuat naik oleh PU Amin sudah dipadam di laman Facebook beliau sebaik sahaja mendapat kecaman dan kritikan oleh pengguna platform itu.


Sumber: Twitter @RafiCounsel




