Gardenia PUAZZ! Sambal Royale 'lebih sambal, lebih rasa'

Gardenia PUAZZ! Sambal Royale 'lebih sambal, lebih rasa'

suliati@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bayangkan, dua ban gebu lembut dipadankan dengan sambal tradisional pedas manis. Mudah dibawa dan sedia dimakan pada bila-bila masa.

Ringkasnya, inilah “Sememangnya PUAZZ! Dua Kali Ganda”!

Bagi penggemar rasa pedas, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, jenama roti terkemuka di Malaysia melancarkan varian terbaharu dalam rangkaian ban berinti popularnya, Gardenia PUAZZ!™️ Sambal Royale.

Pelancaran ini bukan sekadar menambah varian PUAZZ!, tetapi menjadi simbol inovasi Gardenia dalam memahami cita rasa tempatan yang sukakan sambal dan makanan berperisa.

Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia, Ena Suhaila Abas berkata, Sambal Royale dicipta khas untuk mereka yang mahukan ‘lebih sambal, lebih rasa’ yang dipadankan dengan ban gebu istimewa.

Katanya, ia adalah tanda penghargaan kepada semua pelanggan setia yang menjadi nadi kekuatan Gardenia selama ini.

“Keistimewaan Sambal Royale terletak pada formulanya yang direka khusus untuk mereka yang mahukan lebih sambal dan lebih rasa.

“Dipadankan pula dengan ban gebu dan lembut istimewa, ia menjanjikan kenikmatan yang pastinya lebih PUAZZ! Dua Kali Ganda!,” katanya.

Ena Suhaila berkata, idea rangkaian ban savuri PUAZZ! diinspirasikan daripada kecintaan rakyat Malaysia terhadap makanan pedas.

“Kita semua tahu, rakyat Malaysia dan makanan pedas memang tak boleh dipisahkan.

“Daripada minat itu, kami mula memperkenalkan varian pertama iaitu Sambal Bilis, kemudian diikuti dengan Ayam Lada Hitam dan Kari Ayam sebelum melengkapkannya dengan Sambal Royale.

“Dengan adanya Sambal Royale ini, kami bawakan pengalaman rasa sambal yang lebih padu dan menyengat untuk dinikmati pada bila-bila masa, di mana sahaja.

“Setiap ban savuri PUAZZ! dibuat daripada bahan berkualiti. Ini sebabnya mengapa PUAZZ! menjadi pilihan ramai kerana ia dekat di hati dan sememangnya PUAZZ!,”katanya.

Pelancaran Sambal Royale menjadi lebih ‘gempak’ dengan kerjasama bersama Skuad Bekpes Hot Skuba dari Hot FM yang berani melaksanakan misi dasar laut bagi menemui ‘peti harta karun misteri’ yang sebenarnya berisi PUAZZ! Sambal Royale.

Menurut Ena Suhaila, pemilihan Bekpes Hot Skuba melambangkan semangat Gardenia yang berani mencuba sesuatu yang luar biasa.

“Mereka juga mencatat sejarah apabila diiktiraf ASEAN Records sebagai siaran radio pertama diadakan di perairan terbuka.

“Ini adalah pencapaian yang membanggakan bukan sahaja untuk Gardenia dan Hot FM, tetapi juga untuk Malaysia,”katanya.

Dijual pada harga RM2.60, Gardenia PUAZZ!™️ Sambal Royale kini boleh didapati di pasar raya, pasar raya besar dan kedai serbaneka di seluruh Semenanjung Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top