Gaya Penampilan Hijab Dikritik, Aisyah Aziz Anggap Kritikan Negatif Satu ‘Racun’ – “Memang Panas Pakai Tudung…”

Gaya Penampilan Hijab Dikritik, Aisyah Aziz Anggap Kritikan Negatif Satu ‘Racun’ – “Memang Panas Pakai Tudung…”

Penyanyi, Aisyah Aziz mengaku tidak mudah untuk terus istaqamah dalam menjaga auratnya sebagai wanita muslim.

Menerusi podcast Studio Sembang yang dikendalikan oleh aktres, Amelia Henderson, Aisyah mendedahkan penampilan hijabnya sering dikritik masyarakat.

“‘Kenapa kau suka pakai tudung macam ni?’ berbanding ‘Apa yang beri inspirasi sampai kau nak pakai tudung?’ Mesti lagi manis kalau tanya macam tu kan.

“Atau kata ‘Saya rasa mungkin susah untuk awak pakai tudung, mesti panas kan?’,” ujarnya.

Dalam sama sama, adik kepada penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz ini tidak menafikan dia berasaa panas ketika memakai tudung.

“Memanglah, aku pakai nampak leher, sangat panas. Kadang-kadang saya marah, leher saya ditutup dan saya macam tak boleh buat baik dan sopan dengan orang sebab ia terlalu panas.

“Tetapi sekarang saya pakai tudung nampak leher sikit, dan pada saya buat masa ini tak mengapa,” katanya.

Justeru, pelantun lagu Mimpi yang mula berhijab sejak awal tahun lalu memerlukan bantuan daripada orang lain untuk terus istiqamah.

“Saya sentiasa perlukan orang untuk bantu betulkan kembali niat saya berhijab dan saya ada ada kawan yang bantu dan bimbing saya ke arah yang baik itu semula.

“Ada setengah orang terus berkata ‘eh lebih baik tak payah pakai tudung’, itu adalah racun,” katanya.

@studiosembang

betul jugak, sometimes cara kita bertanya or questioned something tu kalau unah sikit maybe kedengaran lebih baik? korang jangan missed out the episode premier feat. @aisyaah_aziz later 10pm on @YouTube @Spotify & @Apple Podcasts to know more! #jomsembang #studiosembang

♬ original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

Sebelum ini, Aisyah mengakui jiwanya kini lebih tenang selepas mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dan mendalami agama Islam.

Artikel Berkaitan: Video Aisyah Aziz Pakai Turban, Baju Lengan Pendek Nampak Pusat Tular Semula… Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Kesal – “Terima Kasih Undang Cacian, Ingat Kami Di Padang Mahsyar” 

Artikel Berkaitan: Isu Dakwaan Aliff Aziz Berkhalwat, Aisyah Aziz Minta Netizen Henti Sebar Aib

Scroll to Top