Gaya Raya Berganda Tanpa Pening Kepala, Jom Shopping Raya Di KWC Fashion Wholesale | Branded – Oh! Media

Gaya Raya Berganda Tanpa Pening Kepala, Jom Shopping Raya Di KWC Fashion Wholesale | Branded – Oh! Media

Pusat beli-belah fesyen borong terbesar Malaysia, KWC Fashion Wholesale menghimpunkan lebih 800 penjual dan pemborong di bawah satu bumbung.

Sempena Raya yang akan menjelang tidak lama lagi, apa kata kita soroti trend, warna dan gaya yang akan menjadi pilihan ramai untuk tahun ini. Paling best, tak perlu pening kepala, semua ada di KWC.

Warna paling trending Raya 2026

Kwc Raya Collection

Warna yang dijangka akan trending pada tahun ini dikatakan ada elemen segar dan versatil. Warna pastel lembut seperti baby blue, soft pink dan sage green kembali menjadi kegemaran.

Tak ketinggalan, tona seperti transformation teal mendapat perhatian bagi mereka yang sukakan stail lebih berani dan menyerlah.

Kombinasi warna klasik hitam putih juga akan kekal relevan dan masih menjadi option selamat dan kekal malar segar.

Stail kunci gaya Raya

Lace mewah terutamanya lace dengan sentuhan manik dijangka menjadi pilihan utama Raya ini. Perincian manik ini menambah tekstur, elegan dan feel premium pada pakaian tradisional.

Print bunga-bungaan dalam tona lembut pastel juga kian popular untuk pemakai yang mahukan impak feminin, lemah-lembut dalam stail moden.

Tidak ketinggalan untuk tahun ini adalah abaya dengan detailing manik sarat. Kilauan batu permata yang tidak ketara, stail paling tepat untuk mereka yang mahukan gaya elegan tapi tetap glamor.

Juga didapati untuk wanita plus-size

Kwc Raya Collection

Hanya mereka dengan potongan badan plus-size sahaja tahu betapa susahnya mencari baju raya yang cantik. Tapi tak perlu risau sebab sekarang dah banyak pilihan di KWC.

Kini penjual menawarkan pelbagai stail, potongan, rekaan dan warna sehingga 6XL untuk memenuhi permintaan wanita dari pelbagai saiz.

Fesyen untuk lelaki juga ada

Untuk kaum Adam, kurta kotak-kotak masih jadi pilihan paling fashionable. Selesa untuk beraya seharian tapi masih nampak tradisional.

Baju Melayu lengkap dengan sampin kekal jadi pilihan utama untuk Raya pertama. Nak warna apa? Cakap je, semua ada. Barulah boleh matching satu family!

Satu lagi keperluan penting untuk ke rumah terbuka, baju kemeja batik! Kemas, selesa, didapati dengan gaya Malaysia atau Indonesia dalam pelbagai warna, corak dan rekaan.

Di KWC Fashion Wholesale, anda juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan pakaian dan aksesori untuk digunakan sepanjang musim Ramadan dan Raya. 

Kwc Raya Collection

Daripada telekung hinggalah jubah dan kopiah untuk lelaki, semua keperluan untuk solat dan ibadah tersedia di sini

Selain itu, terdapat juga sejadah, tasbih dan pelbagai keperluan lain untuk melengkapkan rutin harian anda. Sama ada untuk kegunaan harian, majlis istimewa atau sebagai hadiah yang bermakna, KWC menawarkan pengalaman membeli-belah yang tenang dan mudah.

Bagi menarik lebih ramai pengunjung, KWC turut menampilkan program dan inisiatif khas yang direka untuk menceriakan pengalaman membeli-belah, sekali gus menjadikan KWC sebagai destinasi pilihan untuk persiapan Ramadan dan Raya seisi keluarga.

Tebus cenderamata percuma (19 Feb – 20 Mar 2026)

Kwc Gaya Raya Berganda

Beli-belah dan dapatkan cenderamata eksklusif KWC seperti barangan kaca dan sampul Raya KWC.

2 litre Glass Caserole sesuai untuk masak rendang atau juadah berbuka puasa. Borong sakan sekarang dan nikmati ganjaran di KWC Fashion Wholesale

KWC Raya Fashion Show (11 Februari 2026 | 11.00am – 2.00pm)

KWC Raya Fashion Show bawakan rekaan KWC Raya Collection menampilkan 20 set busana hasil gabungan 16 jenama fesyen di KWC.

Turut ditampilkan adalah lapan set busana abaya untuk Raya lebih sopan, ayu tapi mengekalkan personaliti wanita elegan.

Segmen khas membawakan koleksi terbaru Sekali Lafaz dengan nuansa citarasa moden dengan olahan tradisional tersendiri.

Pertunjukan fesyen ini juga turut dimeriahkan dengan penampilan Iman Troye yang menghiburkan pengunjung dengan seleksi lagu popularnya, Teman, Nang dan Pejam Celik Hari Raya.

Raikan Raya, muzik

Bukan itu sahaja, KWC juga bawakan penyatuan fesyen dan muzik dalam beberapa sesi persembahan dari Februari hingga Mac ini. Tandakan kalendar anda untuk ketinggalan!

-11 Feb, 11am – 2pm: KWC Raya Fashion Show with Iman Troye

-1 Mar, 2pm: Suasana Raya bersama Adi Priyo

-7 Mar, 11am – 2pm: Alunan Jiwa MESTICA

-15 Mar, 2pm: Raya Ceria Bersama Azzam Sham

-1, 8 & 15 Mar, 12pm: Ceria Meriah Bersama Kompang 5Beradik

-21, 22, 28 Feb, 8 & 14 Mar, 2pm: Nostalgia Musical Performances by The Arpeggios

Buka puasa di Karnival Ramadan

Kwc Gaya Raya Berganda

Ayuh berbuka puasa di KWC dengan 20 booth makanan disediakan menawarkan bermacam-macam jenis makanan sebagai santapan bersama seisi keluarga. Dari menu tempatan hingga juadah berbuka rare ketika Ramadan, semuanya ada bermula dari 3 petang sehingga 8 malam.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi website KWC dan bagi tidak ketinggalan promo terkini, jangan lupa ikuti KWC di

KWC Facebook Page: https://www.facebook.com/KWCfashionwholesale 

KWC Tiktok : https://www.tiktok.com/@kwcfashionwholesale 

author avatar

Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Scroll to Top