hazwanfaisal@mediaprima.com.my
KUALA LUMPUR: GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar ekslusif Sos TABASCO di Malaysia, memperkenalkan Sos Sriracha TABASCO keluaran McIlhenny di Malaysia yang sesuai untuk penggemar makanan pedas.
Pengurus Besar GBA Corporation, Mohan Alagappar, berkata
pihaknya menyedari keperluan untuk mencipta produk baharu bagi memenuhi kehendak pengguna yang kian berubah.
Katanya, inilah sebabnya TABASCO dengan bangga menghasilkan perisa yang menarik dan istimewa yang menawarkan pengalaman makanan yang luarbiasa kepada semua penggemar makanan pedas.
“Kami yakin bahawa rakyat Malaysia akan menikmati Sos Sriracha TABASCO serba baharu ini. Tidak dapat dinafikan, apa jua hidangan pastinya akan menjadi lebih enak dan tidak dapat ditolak dengan hanya setitis Sos Sriracha TABASCO.
“Kami akan terus menyediakan sos yang hebat dengan menggunakan bahan yang premium,” katanya dalam satu kenyataan.
Mula ditemui di Si Racha, sebuah bandar pesisir kecil di Thailand Tenggara pada tahun 1949, sos klasik Thai ini kini telah diadun dengan keenakan Sos TABASCO untuk menjadikannya lebih pekat dan kaya dengan perisa sebagai versi baharu sos Thai yang digemari oleh semua orang.
Mengulas lanjut Mohan berkata, sejajar dengan misinya untuk ‘Make Everything Better’, pelancaran Sos Sriracha TABASCO telah menggambarkan dengan baik mengenai rasa cinta warga Asia Tenggara terhadap kepedasan.
Katanya, Sos Sriracha TABASCO diperbuat daripada cili manis dan bawang putih, tetapi juga turut menampilkan lada tabasco yang diperam, iaitu elemen pembuatan istimewa Syarikat McIlhenny yang tidak dapat ditandingi.
“Sos yang dihasilkan adalah pekat, padat dengan perisa, bebas bahan pengawet serta sesuai untuk dimakan oleh golongan vegetarian dan vegan.
“Di samping itu, kesemua produk TABASCO yang diedarkan di Malaysia adalah halal dan diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




