Gelagat Afwa Curi Perhatian, Siap ‘Request’ Gaya Rambut Persis Ejen Ali

Gelagat Afwa Curi Perhatian, Siap ‘Request’ Gaya Rambut Persis Ejen Ali

Perkongsian penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi hantaran di ruangan Instagram Story (IGS) miliknya meraih perhatian.

Mana tidaknya, anak bongsunya, Muhammad Afwa dilihat tidak lekang memegang buku siri animasi popular Ejen Ali, selain meminta ibunya itu untuk memotong rambutnya dengan gaya figura animasi terkenal itu.

“Nak style Ejen Ali okay,” tulisnya pada kapsyen foto berkenaan.

Malah, Siti juga sempat berkongsi hasil gaya rambut yang diinginkan Afwa.

“Hi, sayalah Ejen Afwa,” kongsinya.

Terdahulu, pada awal Jun lalu, Siti berkongsi detik manis meluangkan masa cuti sekolah bersama dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa, dengan menonton filem animasi tempatan yang hangat diperkatakan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2).

Menerusi perkongsian video pendek di akaun TikTok rasmi miliknya, @toktitiktok, Siti berkata, banyak mesej positif yang ditampilkan dalam filem tersebut.

“Bawa Afwa dan Aafiyah menonton Ejen Ali. Bagi saya, movie Ejen Ali banyak mesej positif yang ditampilkan,cmengajar anak kita tentang disiplin, keberanian dan keyakinan diri,” kongsinya.

Malah, Siti turut menggalakkan ibu bapa agar mengambil peluang sempena cuti persekolahan untuk membawa anak-anak menonton filem tersebut.

“Parents bolehlah bawa seisi keluarga menonton bersama di musim cuti sekolah ni!” tambahnya lagi.

Perkongsian penyanyi kesayangan ramai itu mendapat sambutan hangat daripada peminat yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Biduanita Negara mengenai filem terbitan Primeworks Studios dan WAU Animation itu.

Sekadar info, filem Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kini mencecah kutipan sebanyak RM55.1 juta dan secara rasmi dinobatkan sebagai filem animasi dengan kutipan tertinggi dalam sejarah pawagam Malaysia, mengatasi semua karya animasi tempatan dan antarabangsa yang pernah ditayangkan.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Bawa Aafiyah & Afwa Tengok Wayang, Siti Nurhaliza Ajak Ibu Bapa Tonton Ejen Ali The Movie 2 Bersama Anak-Anak

ARTIKEL BERKAITAN:RM55.1 Juta! Ejen Ali The Movie 2 Raih Kutipan Filem Animasi Tempatan & Antarabangsa Tertinggi Sepanjang Zaman

ARTIKEL BERKAITAN:Abang-Abang Harley Pun Jiwa Penyayang… HOGKL “Ride” Demi Misi Gembirakan Anak Yatim, Bawa Tonton Filem Ejen Ali The Movie 2

Scroll to Top