“Layankan kejap sebelum Irfan kena hantar balik masuk store”.
Demikian kapsyen yang dikongsikan pelakon popular, Fattah Amin menerusi sepotong video yang di muat naik menerusi TikTok miliknya.
Video pendek berdurasi 5 saat memaparkan Fattah bersama adik kepada penyanyi, Amira Othman iaitu Irfan Haris galak melakukan ‘trend’ terkini di platform tersebut.
Meskipun video tersebut singkat, namun rata-rata peminat teruja dan terhibur menyaksikan gelagat kedua-duanya.
Unexpexted! Abang Long makin rosak
Manakala menerusi hantaran yang dikongsikan pelantun lagu Pesan itu pula, Fattah, Irfan dan Amira tampil bersama dan melakukan ‘trend’ yang semakin popular di platform berkenaan dengan berlatar belakangkan lagu ‘tembak-tembak’.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 90,000 tanda suka.