Gelek di majlis akikah, netizen selar tarian Ifa Raziah & Kak KM

Gelek di majlis akikah, netizen selar tarian Ifa Raziah & Kak KM

Baru-baru ini tular beberapa video mengenai sebuah majlis akikah pasangan keluarga yang dipercayai ‘scammer’ Macau terbesar, Addy Kanna di TikTok. Pun begitu, suasana majlis akikah tersebut telah menerima kecaman ramai apabila ia dikatakan sangat melampau dan tidak menghormati erti majlis yang sebenar.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Jauharatu Dini, dilihat seorang wanita berpakaian busana pengantin sambil memegang jambangan bunga  berjalan di karpet selepas seorang lelaki menolak stroller bayi mereka sebelum melakukan cukur jambul.

Bagaimanapun, majlis tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan warganet sebaik sahaja melihat suasana di sekitar majlis terutama munculnya kelibat usahawan kontroversi, Kak KM yang dilihat sedang asyik ‘gelek’.

@jauharatudini

Akikah Aeydan Mateen 🤍 Semoga menjadi anak yg soleh dan membanggakan daddy mummy okay! #fyp #fy

♬ Cinta Sejati – Bunga Citra Lestari

Tidak cukup dengan itu, sebuah video yang memaparkan ramai di antara mereka seperti Kak K, penyanyi Ifa Raziah dan Bella Astillah sedang seronok ‘bergelek’ sambil menari sehingga menambahkan kemarahan ramai.

@zazarinna

Semua sporting loveee!!! 💙💙

♬ original sound – zazarinna – zazarinna

Tindakan itu membuatkan ramai meluahkan kekecewaan dan berang apabila sebuah majlis yang sepatutnya disambut dan diraikan dengan penuh adat telah dicemari dengan kelakuan tidak senonoh oleh mereka. Malah, ada yang mengatakan keberkatan majlis akikah sudah hilang.

Sumber: TikTok

Scroll to Top