Gembira kira duit kutipan, budak Rohingya viral sakan gelak ketawa tepi jalan

Sejak kebelakangan ini, kisah kanak-kanak warga Rohingya yang merupakan peminta sedekah berkelakuan kurang ajar ketika meminta duit tular di media sosial.

Wajah kanak-kanak yang digelar ‘Long Tiger Junior’ itu berlegar-legar di media sosial apabila ramai yang berjumpa dan melihat sendiri kerenahnya yang agak biadap susulan bengang dirakam ketika meminta duit di khalayak ramai.

Namun,

Selepas beberapa video kanak-kanak tersebut meminta duit  menjadi perbualan ramai, muncul satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @arshad.khan90074 yang menunjukkan mereka sedang bahagia duduk di pinggir jalan dengan mengira duit hasil daripada pemberian orang ramai.

@arshad.khan90074

Skrn dia tk kachu lagi dh dpt gaji #viral #video #account

♬ original sound – Arshad Khan – Arshad Khan

Kanak-kanak tersebut dilihat duduk bersama seorang lagi kanak-kanak perempuan sambil bergurau tanpa mengedahkan orang yang lalu lalang situ.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut ramai yang meninggalkan reaksi terhadap kanak-kanak Rohingya ini di ruangan komen.

Ada diantara mereka menzahirkan rasa simpati melihat keadaan mereka yang dididik menjadi peminta sedekah sejak kecil lagi. Namun, ada juga yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan kepada mereka serta mengakui geram melihat gelagat mereka yang agak biadap dalam meminta duit kepada orang awam.

Sumber: Twitter jnmalaysia, TikTok @arshad.khan90074