Gempa bumi 2.5 magnitud landa Segamat

Gempa bumi 2.5 magnitud landa Segamat

am@hmetro.com.my

Segamat: Gempa bumi lemah berukuran 2.5 magnitud melanda daerah ini pada 7.56 malam tadi, menyaksikan ia gegaran keempat sejak kejadian pertama, Ahad lalu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku kira-kira 13 kilometer utara Segamat, berpusat pada koordinat 2.6 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan perkembangan gempa bumi ini,” menurut MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook.

Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MetMalaysia menerusi pautan ttps://forms.gle/2oEMtASN33W6TV9g7 bagi membantu siasatan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top