Gempa bumi 5.8 pada skala Richter gegarkan Nusa Tenggara, Indonesia

Gempa bumi 5.8 pada skala Richter gegarkan Nusa Tenggara, Indonesia

JAKARTA – Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda timur Nusa Tenggara pada Selasa, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.

Gempa berlaku sekitar 10.54 pagi (waktu tempatan), namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi itu.

Pusat gempa terletak kira-kira 22 kilometer timur laut Mbay Nagekeo pada kedalaman 164 kilometer.

Meskipun gegaran dirasai di beberapa kawasan termasuk Waingapu, Sumbawa, Dompu, Kota Bima, dan Ende, tiada laporan mengenai sebarang kerosakan akibat gempa itu setakat ini.- BERNAMA