am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Gempa bumi bermagnitud 6.8 dilaporkan berlaku di perairan Kota Kinabalu, Sabah pada jam 12.57 tengah malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa berkenaan berpusat pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur.
Menurut kenyataan itu, gegaran dikesan pada jarak kira-kira 49 kilometer (km) barat dari Kudat, Sabah dengan kedalaman 678 kilometer (km).
“Gegaran dirasai di sekitar Pantai Barat Sabah dan beberapa kawasan di Sarawak.
“Bagaimanapun, setakat ini tiada ancaman tsunami dilaporkan,” menurut kenyataan itu.
MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi jabatan berkenaan termasuk laman sesawang mygempa.met.gov.my.
© New Straits Times Press (M) Bhd




