Gempa bumi kuat landa Mindanao, Filipina

Gempa bumi kuat landa Mindanao, Filipina
Gempa bumi kuat landa Mindanao, Filipina

Satu gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.3 berlaku di Mindanao, Filipina pada 7.03 pagi Jumaat. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.3 berlaku di Mindanao, Filipina pada 7.03 pagi Jumaat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 9.8 darjah utara dan 126.2 darjah timur, kira-kira 76 kilometer (km) timur dari Surigao City, Filipina.

Gempa bumi dengan kedalaman 52 km itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama

Ringkasan AI

  • Gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.3 berlaku di Mindanao, Filipina
  • Berpusat di koordinat 9.8 darjah utara dan 126.2 darjah timur
  • Lokasi gempa kira-kira 76 kilometer timur dari Surigao City, Filipina
  • Kedalaman gempa adalah 52 kilometer
  • Tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia
Scroll to Top