SULAWESI/KUALA LUMPUR: Gempa bumi dengan magnitud 6.2 pada skala Ritcher melanda di Semenanjung Minahasa, Sulawesi pada jam 3:51 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak di lokasi 0.1° Selatan 122.9° Timur dengan kedalaman 144 kilometer iaitu bersamaan 75 kilometer Selatan dari Gorontalo, Indonesia.
Bencana tersebut juga dinyatakan dalam laman web volcanodiscovery.com yang mana gempa bumi tersebut adalah bersifat sederhana.
“Setakat ini tiada berlaku sebarang kerosakan dan kecederaan dilaporkan dalam gempa bumi tersebut.
“Segala magnitud dan kedalaman gempa tersebut akan disemak semula dalam beberapa jam kemudian,” ujar kenyataan itu.
Namun begitu, tambah kenyataan berkenaan, seramai 3.1 juta penduduk di Indonesia dapat merasai gegaran tersebut walaupun gempa bumi tersebut bersifat sederhana.
“Namun begitu segala magnitud dan kedalaman gempa tersebut akan disemak semula dalam beberapa jam kemudian,” ujar kenyataan di laman web tersebut.
Walau bagaimanapun, MetMalaysia melaporkan bahawa gempa bumi tersebut tidak akan memberi ancaman tsunami terhadap Malaysia. – HARAKAHDAILY 24/9/2024









