mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Yang tidak merasakan tidak akan faham. Dia bukan meratapi, dia hanya memperindah tempat peristirehatan terakhir orang yang dia cintai yang raganya sudah tidak ada lagi dalam pandangan mata.”
Demikian komen seorang netizen disamping klip memaparkan pelakon Amyza Aznan sedang merapikan pusara anak sulungnya, Andre Mikhail, 23, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga pada 23 Februari lalu.
Video terbabit menunjukkan Amyza ‘larut’ dengan dunianya apabila berada di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana itu dari petang sehingga membawa ke malam.
Malah dia yang kelihatan bersendirian turut meletakkan batu nisan dipusara anak kesayangannya ini.
Amyza menerusi keterangannya pula menulis perasaannya apabila genap sebulan Allahyarham Andre meninggal dunia.
“23/02/2026- 23/03/2026 genap sebulan duhai anak solehku. ANDRE MIKHAIL BIN KHAIRIL IZHAR
~AL FATEHAH~ Allahumma firlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu (Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, berilah keselamatan kepadanya, dan ampunilah dosanya). #rinduselagihayatdikandungbadan, “tulisnya.
Sementara itu rakan-rakan artisnya turut berkongsi perasaan sedih di ruangan komen.
Mereka turut menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Andre yang dikatakan anak yang baik oleh Amyza dan mereka yang mengenalinya.
© New Straits Times Press (M) Bhd



