Meskipun menerima kecaman sebelum ini apabila menampilkan elemen berkemban dalam muzik videonya, namun kali ini bukan hanya lagu, tetapi ‘Serumpun Challenge’ juga berjaya mencuri perhatian masyarakat.
Terbaharu, menerusi perkongsian di TikTok, Geng Bekpes Hot yang dikendalikan oleh Johan, AG, KJ dan Fara Fauzana tampil melakukan ‘Serumpun Challenge’ disertai dengan penyanyi asalnya, Mimi Fly.
“Approved tak Bekpes Hot buat Serumpun Challenge ni guys? Takkan tak approved ekkkk! Chief @Khairykj menari kot.
“Siapa paling slay dalam Serumpun Challenge ni? Cepat vote guys!,” tulis pada kapsyen berkenaan.
Menerusi video berdurasi 39 saat itu, keempat-empat penyampai Geng Bekpes berjaya melakukan ‘step’ tarian Serumpun Challenge dengan baik.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah, gelagat KJ yang kelihatan sudah tidak kekok menari sejak bergelar penyampai radio.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat teruja dan terhibur melihat gelagat penyampai Geng Bekpes yang tidak mahu ketinggalan melakukan tarian dan ‘Challenge’ viral di TikTok.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 200,000 tontonan dan menerima lebih 12,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.



