mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Polis sudah menahan 43 orang setakat ini yang dipercayai terbabit dalam kejadian khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras, di sini.
Suspek terbaru yang ditahan dibawa menaiki lori polis tiba ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk mendapatkan perintah reman jam 10.33 pagi ini.
Difahamkan suspek utama dipercayai warga China yang mengupah kumpulan terbabit juga sudah ditahan polis.
Satu sidang media berhubung kes itu akan diadakan hari ini.
Harian Metro semalam melaporkan polis menahan 12 lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras, di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk, Fadil Marsus dilaporkan berkata, pihaknya juga membuat permohonan reman bagi membantu siasatan.
Menurutnya, beberapa kenderaan yang terbabit dalam kes ini sudah dirampas.
“Pihak polis juga turut merampas sebuah lori yang digunakan oleh suspek bagi kes ini.
“Kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 kanun sama,” katanya dalam kenyataan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




