Kawasan tumpuan pelancong seperti KLCC sepatutnya jadi lokasi selamat, tapi satu perkongsian di media sosial baru-baru ini mencetuskan kebimbangan ramai.
Dakwaan melibatkan sekumpulan individu yang dikenali sebagai ‘photographer haram’ dikatakan bertindak ganas sehingga mencederakan orang awam.
Photographer haram didakwa pukul beramai-ramai

Menurut perkongsian di Facebook Mohd Fadli Salleh, kejadian dipercayai bermula apabila sekumpulan individu bergaduh dengan pelancong asing sebelum situasi menjadi semakin tidak terkawal.
Pecah kepala member kena pukul dengan senjata (tak pasti senjata apa) dekat KLCC kelmarin. Geng photographer haram punya kerja. Geng dia ramai, berpuluh orang. Masa tu dia bergaduh dengan pelancong asing sampai tahap pukul pelancong.
Dalam kekecohan itu, seorang individu yang cuba meleraikan pergaduhan turut menjadi mangsa serangan.
Member yang jual air balang kebetulan ada situ pergi nak leraikan pergaduhan itu. Sekali geng photographer haram datang pukul beramai-ramai. Dua orang pecah kepala. Kena 7 jahit dan sorang lagi 2 jahit. Pukul curi dari belakang dia mai sapu. Balang air dia pun kena pecahkan.
Akibat serangan tersebut, beberapa mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.

Difahamkan juga, barangan milik mangsa seperti air balang turut rosak dalam kejadian tersebut.
Lebih mengejutkan, isu melibatkan ‘photographer haram’ di KLCC ini didakwa bukan perkara baru dan telah lama menjadi rungutan orang ramai.
Namun begitu, mereka dikatakan masih bebas beroperasi dan bertindak agresif. Laporan polis difahamkan telah dibuat dan kini orang ramai menantikan tindakan lanjut daripada pihak berkuasa.
Pssttt! Kalau benar perkara ini berlaku, ia satu isu serius yang perlu diberi perhatian segera. Kawasan pelancongan utama seperti KLCC sepatutnya bebas daripada unsur keganasan. Harap pihak berkuasa dapat ambil tindakan tegas supaya keselamatan orang awam terjamin dan imej negara terus terpelihara.
Kredit: Facebook Mohd Fadli Salleh
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




