KUALA LUMPUR – Satu perarakan sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang terkorban di Gaza akibat kekejaman tentera Israel akan diadakan di seluruh negara pada 13 Januari ini.
Gerakan BDS (Boikot, Penjualan, Sekatan) Malaysia menerusi hantaran di media sosial Instagram dan X memaklumkan, perarakan itu untuk membantah pengeboman Israel di Semenanjung Gaza yang mengorbankan 21,822 orang dan mencederakan kira-kira 56,000 sejak serangan dimulakan pada 7 Oktober lalu.
“Marilah kita berarak bersama-sama di bandar dan bandar di seluruh dunia untuk hari global bagi Gaza pada 13 Januari ini,” katanya BDS di laman sosialnya.
BDS berkata, tarikh itu dipilih rakyat Palestin untuk masyarakat antarabangsa menggerakkan himpunan dan turun ke jalanan bagi terus menuntut gencatan senjata.
“Kita perlu meningkatkan desakan ini dengan menyelaraskan tindakan di seluruh dunia,” ujarnya. – MalaysiaGazette




