Ghana tidak goyang reputasi Ronaldo, Portugal

Ghana tidak goyang reputasi Ronaldo, Portugal

Andre Ayew: foto agensi
Nota: (foto epa tiada)

GHANA yang melakukan penampilan keempat di Piala Dunia melaungkan amaran tidak gentar berdepan pasukan pilihan apabila pasukan benua Afrika itu menyingkap saingan Qatar 2022 pada tengah malam Jumaat ini.

Kapten Ghana, Andre Ayew berkata, The Black Stars dijanakan Otto Addo itu merupakan pasukan yang serba lengkap untuk mengharungi saingan sengit peringkat kumpulan.

“Sejujurnya tiada apa yang perlu dikhuatiri para pemain Ghana berdasarkan persiapan rapi dilakukan Addo sebelum ini. Kami para pemain sudah bersedia berdepan sesiapa sahaja tanpa perasaan takut.

“Ya, Portugal adalah antara pasukan pilihan dan menyerlah dengan kualitinya. Saya rasa pasukan ini seimbang, selain mereka mempunyai pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo,” kata penyerang kelab liga Qatar, Al-Sadd SC itu.

Ghana yang diundi dalam Kumpulan H akan menyingkap cabaran berdepan Brazil di Stadium 974, Rass Abou Aboud pada tengah malam Jumaat.

Kemudiannya angkatan Addo akan menentang Korea Selatan di Stadium Education City, Ar-Rayyan pada 28 November sebelum melabuh cabaran berdepan Uruguay di Stadium Al Janoub, Al-Wakrah pada 2 Disember.

Pemain berusia 33 tahun itu yang melakukan penampilan ketiga di kejuaraan bola sepak terbesar dunia juga berharap dapat menambah koleksi golnya.

“Selain membawa Ghana mara lebih jauh, saya berharap dapat menjaringkan dua gol sebagai tambahan kepada dua gol sebelum ini,” katanya.